Jumaat, 16 Mei 2008

Gambar Ahli KEMOWTA

Ini ku kasi masuk PIC geng kita kemowta. Mari kita lihat posing mereka dengan moto kesayang mereka..... LAYANZZZZ!!!!!!

Din @ Tarabas

Amat

Deanz


Arik

Ajis

Esyam

Tam

Choi
Man Camel

Memeng

D'man

Juss


Faizal a.k.a Boy ( Pengerusi Kemowta)
..... a.k.a Abg Idham

SORIII !!!! lambat Update Kengkawan..

Sori la kengkawan lama uda blog nie ndak update tau.. pengerusi pun uda naik bising uda menyuruh aku mengupdate.. ntah la kebelakangan nie aku ndak juak bz cuma semenjak dua menjak nie aku malas plak menaipp ntah napa nie.. kekeke arrrggg biarkanla.. yg penting skrang aku nak update gambar gambar kat dalam blog nie. kekeke adios....

Isnin, 25 Februari 2008

Khamis, 22 November 2007

Pengenalan


Penubuhan KemowTa

Kemowta
ialah singkatan nama daripada Kelab Motorsikal Wilayah Tawau dan merupakan sebuah kelab pemilik motosikal 150 cc kebawah terutamanya Yamaha TZM.


Kemowta ini telah ditubuhkan pada 01 November 2007 di Tawau, Sabah pada mulanya dan kini ... . Kemowta telah menular ke daerah Kunak dan lahad datu... .

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mendidik remaja dan belia-belia hari ini dari melakukan kesalahan jalanraya dan jenayah seperti lumba haram, pengambilan dadah dan alkohol, bergaduh dan bermacam-macam perkara yang tidak bermoral, tidak berfaedah yang boleh merosakkan akhlak remaja dan belia pada masa kini.... .

Dengan penubuhan kelab ini, ahli-ahli dapat membantu serta menyedarkan remaja dan belia tentang perkara-perkara negatif , yang tidak berfaedah serta mengamalkan cara hidup yang sihat, bersih dan bertanggungjawab pada diri, keluarga, bangsa dan negara yang tercinta... .

Presiden Kemowta, MOHD FAIZAL BIN ISMAIL atau lebih dikenali sebagai Boy telah banyak mengadakan program-program di dalam kelab ini, antaranya ialah mengadakan Konvoi Sempena Hari RELA , konvoi merdeka , Berkonvoi ke Daerah Lahad datu , menyertai program-program yang dianjurkan oleh sukan bermotor dll.... .

Sebarang pertanyaan , sila hubungi Presiden Kemowta di talian 016-8267530 atau email : Boy_kemowta@yahoo.com..... .


" JAUHI DADAH , HINDARI REMPIT "
daripada Kemowta [ Kelab Motor Wilayah Tawau]

Ucapan Pengerusi


Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasullullah junjungan mulia.

Ucapan tahniah dan penghargaan di atas kewujudan laman web Kelab Motorsikal WilayahTawau . Semoga dengan adanya laman ini, segala informasi tentang aktiviti kelab dan ahli dapat disebarkan dengan lebih pantas dan cekap.

Juga ucapan syabas kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli yang menyertai kelab ini. Ucapan selamat datang kepada ahli-ahli bersekutu samada di dalam mahupun di luar negara.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kelab ini. Semoga penyertaan aktif daripada anda semua akan menjadi lebih memberangsangkan dan memberi sumbangan yang baik pada kelab.

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa, terima kasih kerana memberikan komitmen sepenuhnya dalam mengusahakan dan melaksanakan untuk menubuhkan kelab ini. Untuk makluman kepada semua ahli, kebanyakkan aktiviti-aktiviti kelab diamanahkan kepada Ahli Jawatankuasa dan Marshall. Ini adalah disebabkan mereka ini adalah bakal-bakal pemimpin yang akan memimpin kelab ini sehingga mencapai objektif Bersatu, Berhemah, Berbakti.

Berkenaan dengan status pendaftaran kelab, semua ahli diminta usah gusar. Ini adalah kerana Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi sedang bertungkus-lumus menguruskan perkara ini, walaupun masing-masing mempunyai tanggungjawab yang lain.



Sekian, terima kasih.


MOHD FAIZAL BIN ISMAIL

Presiden Kelab Motorsikal Wilayah Tawau